Posts Tagged tools berguna

Autoresponder murah dan bijak

Posted by diaien on Tuesday, 22 December, 2009

autoresponder-scriptKali ni aku nak bercerita tentang autoresponder plak. Jika korang bajet otai, separa otai, atau pun baru berjinak-jinak dengan dunia IM ni tentu tahu apa benda autoresponder ni, apa kegunaan autoresponder ni. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu apekejadahnya autoresponder ni.

Jika korang masih tak tahu, disini aku terangkan secara ringkas tentang autoresponder ni.

Autoresponder adalah sistem pengurusan email yang membolehkan emel dihantar kepada penerima secara sistematik dan automatik. Emel yang dihantar boleh ditetapkan bila, berapa, dan emel apa.  . Korang tulis email, tetapkan masa dan senarai penerima, sistem akan  menghantar emel secara automatik mengikut turutan kepada penerima.

Sistem Autoresponder juga adalah umpama setiausaha korang. Yang bagusnya adalah ia bekerja untuk  kita 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Ianya bukan sekadar sistem email malah lebih hebat. Ini dapat menyimpan nama, lokasi pengguna, dan maklumat lain yang kemudian boleh digunakan dalam autoresponder korang untuk menjadikannya istimewa kepada setiap list.

Contohnya, sekiranya korang terjumpa mana-mana website yang meminta korang mengisikan nama dan email, bila submit sahaja, terus dapat satu email yang menyuruh korang mengesahkan email  terlebih dahulu dengan mengelik link yang diberikan. Walau pun korang submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama pulak tu. Korang mula hairan, orang ni tak tidur ke?

Esok  dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “itulah kerja autoresponder”.

Kebanyakan top IM menggunakan perkhidmatan Aweber dan Getresponse sebagai autoresponder mereka kerana perkhidmatan mereka yang konsisten dan telah terkenal sebagai penyedia autoresponder berbayar yang terbaik. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah tinggi dan berubah-ubah mengikut keperluan kita.

Aweber sebagai contoh, bayaran langganan akan meningkat mengikut list kita, lagi ramai list yang dikumpul, lagi mahal bayaran bulanan yang perlu dibayar.

Bayaran Aweber
0 – 500 subcribers = USD19
501 – 2,500 subcribers = USD19 + USD10
2,501 – 5,000 subcribers = USD19 + USD30
5,001 – 10,000 subcribers = USD19 + USD50
10,001 – 25,000 subcribers = USD19 + USD130
25,001 = Contact Aweber

norabotscoverJadi, jika korang masih baru dalam bidang ni, aku cadangkan korang menggunakan autoresponder norabots kerana banyak sebab. Paling aku suka sebab murah dan tanpa had. Maknanya, list sebesar mana pun, emel sebanyak mana pun, bayaran tetap sama $9.97 sebulan. Yang lain-lain fungsinya lebih kurang sama dengan autoresponder lain

  • Boleh set waktu broadcast emel.
  • RSS autoresponder – boleh di link kan dengan blog korang
  • HTML atau text – boleh send emel dalam bentuk HTML atau text.
  • Dan banyak lagi… boleh baca terus di sini.

Jika korang mendaftar norabots menggunakan link aku, rebet sebanyak RM15 akan diberikan setelah pembelian disahkan dan bonus eksklusif, video tutorial lengkap tentang autoresponder norabots berbahasa melayu akan diberikan

p/s: Untuk memastikan korang mendaftar menggunakan link aku, clearkan catche dan cookies terlebih dahulu, kemudian daftar di sini


Rahsia pengiklanan yang berkesan

Posted by diaien on Tuesday, 1 December, 2009

peel away adsPernah korang dengar Peel Away Ad?? Kalau pernah tentu korang tahu betapa susah dan lecehnya nak memasang di blog atau web korang. Kalau korang tanya pakcik google pun macam2 ada, yg free ada (tak stabil dan support semua browser) dan tak kurang jugak yang berbayar (harga tak yah cerita la mahal)Jika tak pernah dengar, lihat je kat bucu blog aku ni, Tulah dia, Peel Away Ad yang mampu menarik perhatian orang untuk melihat / mengelik iklan di blog kita.

Ramai top-top blogger menggunakan Peel Away Ad ini dan mampu menarik 150% trafik ke iklan mereka.

Setelah dua tiga hari aku menyelongkar pakcik google, dah download macam-macam skrip, macam-macam tutorial, dah cuba ‘try and error’ kat blog aku, memang susah nak pasang plugin ni. Akhirnya aku terjumpa satu website yang menjual skrip & tutorial dengan harga yang cukup murah. Sangat berbaloi-baloi kalu korang berminat, kenapa??

  • Berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengunjung ke tahap MAKSIMUM
  • Boleh berfungsi dengan baik di Internet Explorer - Penting !!!
  • Script mudah di edit dan mudah dipasang di blog / website.
  • Boleh di pasang di seberapa banyak blog (wordpress) / website yang korang mahu. Peel Away Ads Premium boleh muncul di setiap halaman blog / website korang.
  • Script yang sangat stabil dan sangat sukar untuk di block oleh browser.

Silap-silap hari bulan, boleh ambil upah nak pasang skrip ni kat web/blog  kengkawan korang

Nak tahu lebih lanjut tentang Peel Away Ad ni?? Klik je sini


Kajian Produk Fizikal Ebay

Posted by diaien on Sunday, 22 November, 2009

ebook percuma kajian produk fizikal ebayAnda tahu ebay? Ebay merupakan laman lelongan terbesar di dunia dan anda boleh menjual macam-macam barangan.

Perniagaan Ebay sangat mudah dan boleh mengaut untung berlipat ganda jika anda tahu caranya. Malah jika kena caranya anda boleh mengaut keuntungan hanya dengan menjadi orang tengah sahaja (untung atas angin).

Sekiranya anda ingin berpindah rumah dan ingin menjual semua barangan terpakai yang anda tidak ingin gunakan lagi, anda boleh menggunakan Ebay sebagai medium jualan untuk barangan terpakai anda.

Ebay juga sebenarnya salah satu cara anda untuk mendapatkan fast income sekiranya anda tahu tekniknya dengan betul. Dan satu perkara yang paling crucial dalam perniagaan internet ini ialah anda perlu membuat RESEARCH. Ya, anda perlu membuat research dengan lebih mendalam supaya barang yang anda jual di Ebay tidak tersadai dan menyebabkan fee anda menggunung hanya kerana listing di Ebay sahaja.

Maka di sini seorang rakan saya iaitu Zacky telah melancarkan ebook PERCUMA di mana anda boleh membuat research bagaimana untuk mencari barang yang sedang HOT di Ebay dan mendapat banyak permintaan.

Dapatkan ebook ini sekarang juga. Jika anda rasa ebook ini tidak berguna untuk anda sekarang, takpa download je sekarang. Mungkin suatu hari nanti anda akan memerlukan ebook ini. Anda pasti tidak akan menyesal.

Download disini

http://www.gdi4money.ws/KajianProdukFizikalEbay.rar


Trafik = Keuntungan

Posted by diaien on Saturday, 21 November, 2009

trafik = pengunjung

Trafik… trafik… trafik…

Secanggih mana pun blog/web anda…

Secantik mana pun blog/web  anda…

Sehebat mana pun blog/ web  anda…

Itu semua tidak membawa makna jika tiada pengunjung yang mengunjungi blog/web anda. Tidak kira apa pun yang anda promosi, MLM, Affiliate, clickbank, nuffnang, adsense, pendek kata, apa-apa sahajalah. Takde maknanya kalau tiada orang berkunjung  ke web/ blog anda.

Ada bermacam-macam cara yang boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda samada berbayar atau pun percuma. Kalau berbayar faham-faham sahajalah, modal tuh. Jadi kali ni, saya nak berkongsikan satu ebook yang di tulis oleh saudara Fahmi. Saya pasti sudah ramai memiliki ebook ini, tetapi masih ramai yang mencari-cari ebook seperti ini. Jadi, jika anda belum memiliki, boleh download terus dari sini: http://www.gdi4money.ws/100CaraPromosiTingkatkanWebTrafikAnda.rar


Keperluan penting seorang IM

Posted by diaien on Thursday, 19 November, 2009

toolsusahawanKeperluan penting lagi bagi setiap IM adalah software-software yang berguna untuk menjalankan perniagaan internet. Tools-tools ini adalah menjadi satu kewajipan jika anda berhasrat untuk menjadi seorang IM yang berjaya. Masih ingat lagi post saya sebelum ini?? Perniagaan internet ‘bukannya lari pecut, tapi marathon’ (kalau belum baca, klik disini)

Baiklah, anda boleh download ebook percuma yang ditulis oleh saudara Fahmi tentang tools-tools ini.

Download disini: http://www.gdi4money.ws/tools-usahawan-internet.zip