Posts Tagged tips untuk newbie

Autoresponder murah dan bijak

Posted by diaien on Tuesday, 22 December, 2009

autoresponder-scriptKali ni aku nak bercerita tentang autoresponder plak. Jika korang bajet otai, separa otai, atau pun baru berjinak-jinak dengan dunia IM ni tentu tahu apa benda autoresponder ni, apa kegunaan autoresponder ni. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu apekejadahnya autoresponder ni.

Jika korang masih tak tahu, disini aku terangkan secara ringkas tentang autoresponder ni.

Autoresponder adalah sistem pengurusan email yang membolehkan emel dihantar kepada penerima secara sistematik dan automatik. Emel yang dihantar boleh ditetapkan bila, berapa, dan emel apa.  . Korang tulis email, tetapkan masa dan senarai penerima, sistem akan  menghantar emel secara automatik mengikut turutan kepada penerima.

Sistem Autoresponder juga adalah umpama setiausaha korang. Yang bagusnya adalah ia bekerja untuk  kita 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Ianya bukan sekadar sistem email malah lebih hebat. Ini dapat menyimpan nama, lokasi pengguna, dan maklumat lain yang kemudian boleh digunakan dalam autoresponder korang untuk menjadikannya istimewa kepada setiap list.

Contohnya, sekiranya korang terjumpa mana-mana website yang meminta korang mengisikan nama dan email, bila submit sahaja, terus dapat satu email yang menyuruh korang mengesahkan email  terlebih dahulu dengan mengelik link yang diberikan. Walau pun korang submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama pulak tu. Korang mula hairan, orang ni tak tidur ke?

Esok  dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “itulah kerja autoresponder”.

Kebanyakan top IM menggunakan perkhidmatan Aweber dan Getresponse sebagai autoresponder mereka kerana perkhidmatan mereka yang konsisten dan telah terkenal sebagai penyedia autoresponder berbayar yang terbaik. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah tinggi dan berubah-ubah mengikut keperluan kita.

Aweber sebagai contoh, bayaran langganan akan meningkat mengikut list kita, lagi ramai list yang dikumpul, lagi mahal bayaran bulanan yang perlu dibayar.

Bayaran Aweber
0 – 500 subcribers = USD19
501 – 2,500 subcribers = USD19 + USD10
2,501 – 5,000 subcribers = USD19 + USD30
5,001 – 10,000 subcribers = USD19 + USD50
10,001 – 25,000 subcribers = USD19 + USD130
25,001 = Contact Aweber

norabotscoverJadi, jika korang masih baru dalam bidang ni, aku cadangkan korang menggunakan autoresponder norabots kerana banyak sebab. Paling aku suka sebab murah dan tanpa had. Maknanya, list sebesar mana pun, emel sebanyak mana pun, bayaran tetap sama $9.97 sebulan. Yang lain-lain fungsinya lebih kurang sama dengan autoresponder lain

  • Boleh set waktu broadcast emel.
  • RSS autoresponder – boleh di link kan dengan blog korang
  • HTML atau text – boleh send emel dalam bentuk HTML atau text.
  • Dan banyak lagi… boleh baca terus di sini.

Jika korang mendaftar norabots menggunakan link aku, rebet sebanyak RM15 akan diberikan setelah pembelian disahkan dan bonus eksklusif, video tutorial lengkap tentang autoresponder norabots berbahasa melayu akan diberikan

p/s: Untuk memastikan korang mendaftar menggunakan link aku, clearkan catche dan cookies terlebih dahulu, kemudian daftar di sini


Promosi percuma menggunakan emel

Posted by diaien on Tuesday, 15 December, 2009

emailDalam mengembangkan atau mempromosikan sesuatu perkara, ramai antara kita melupakan perkara percuma yang tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah emel percuma (gmail, ymail, hotmail dll) emel-emel percuma ini sekarang mempunyai banyak fungsi yang memudahkan kita dan ramai orang tidak menggunakannya secara maksimum. Yang kita tahu hanya hantar emel spam, balas emel.

Kali ni aku nak berkongsi tips-tips menulis atau menghantar emel perniagaan. Bukan emel cinta ar..

  • Pastikan korang menulis tujuan emel itu dihantar. Emel tersebut tidak perlu terlalu panjang memadai satu emel yang ringkas dan ayat tidak berbunga-bunga. Pastikan penerima tahu tujuan emel itu dihantar walaupun emel itu didelete oleh penerima.
  • Pastikan ada ruang antara perkara-perkara yang ingin disampaikan. Lebih elok jika letakkan dalam bentuk point-point penting.
  • Menghantar emel secara khusus dengan menyebut nama mereka di dalam emel tersebut. Ini boleh mengelakkan penerima menganggap emel itu spam kerana korang saling mengenali antara satu sama lain.
  • Elakkan attachment jika boleh kerana lebih mudah jika korang letakkan sahaja link supaya penerima boleh lihat terus di link tersebut.
  • Jangan menggunakan huruf besar sesuka hati kerana ini seperti menjerit dan ramai orang tidak suka dengan emel sebegitu.
  • Sentiasa membaca semula emel korang untuk memeriksa sebarang kesilapan. Malula kalu dah hantar, pastu baru perasan tersalah eja ke, tersalah link ke.
  • Meletakkan penafian bahawa korang telah memeriksa emel tersebut dan tidak mempunyai sebarang virus supaya penerima berasa selesa.
  • Elakkan menggunakan emoticon, ini emel bisnes bukan emel cinta beb. Kalau emel cinta ikut suka korang la
  • Elakkan juga meletakkan “request receipt”. Korang suka ke kena paksa-paksa untuk baca emel dan balas dengan segera??
  • Elakkan menggunakan cc kerana ini akan mendedahkan emel tersebut kepada spammer-spammer.
  • Letakkan ‘signature’ supaya penerima boleh melawat web/ blog korang. Lagi senang, korang set terus signature kat setting.
  • Menulis samada emel tersebut boleh atau tidak di forward
  • Dan yang paling aku benci, JANGAN jadi spammer.

Rahsia pengiklanan yang berkesan

Posted by diaien on Tuesday, 1 December, 2009

peel away adsPernah korang dengar Peel Away Ad?? Kalau pernah tentu korang tahu betapa susah dan lecehnya nak memasang di blog atau web korang. Kalau korang tanya pakcik google pun macam2 ada, yg free ada (tak stabil dan support semua browser) dan tak kurang jugak yang berbayar (harga tak yah cerita la mahal)Jika tak pernah dengar, lihat je kat bucu blog aku ni, Tulah dia, Peel Away Ad yang mampu menarik perhatian orang untuk melihat / mengelik iklan di blog kita.

Ramai top-top blogger menggunakan Peel Away Ad ini dan mampu menarik 150% trafik ke iklan mereka.

Setelah dua tiga hari aku menyelongkar pakcik google, dah download macam-macam skrip, macam-macam tutorial, dah cuba ‘try and error’ kat blog aku, memang susah nak pasang plugin ni. Akhirnya aku terjumpa satu website yang menjual skrip & tutorial dengan harga yang cukup murah. Sangat berbaloi-baloi kalu korang berminat, kenapa??

  • Berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengunjung ke tahap MAKSIMUM
  • Boleh berfungsi dengan baik di Internet Explorer - Penting !!!
  • Script mudah di edit dan mudah dipasang di blog / website.
  • Boleh di pasang di seberapa banyak blog (wordpress) / website yang korang mahu. Peel Away Ads Premium boleh muncul di setiap halaman blog / website korang.
  • Script yang sangat stabil dan sangat sukar untuk di block oleh browser.

Silap-silap hari bulan, boleh ambil upah nak pasang skrip ni kat web/blog  kengkawan korang

Nak tahu lebih lanjut tentang Peel Away Ad ni?? Klik je sini