Kali ni aku nak bercerita tentang autoresponder plak. Jika korang bajet otai, separa otai, atau pun baru berjinak-jinak dengan dunia IM ni tentu tahu apa benda autoresponder ni, apa kegunaan autoresponder ni. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu apekejadahnya autoresponder ni.
Jika korang masih tak tahu, disini aku terangkan secara ringkas tentang autoresponder ni.
Autoresponder adalah sistem pengurusan email yang membolehkan emel dihantar kepada penerima secara sistematik dan automatik. Emel yang dihantar boleh ditetapkan bila, berapa, dan emel apa. . Korang tulis email, tetapkan masa dan senarai penerima, sistem akan menghantar emel secara automatik mengikut turutan kepada penerima.
Sistem Autoresponder juga adalah umpama setiausaha korang. Yang bagusnya adalah ia bekerja untuk kita 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Ianya bukan sekadar sistem email malah lebih hebat. Ini dapat menyimpan nama, lokasi pengguna, dan maklumat lain yang kemudian boleh digunakan dalam autoresponder korang untuk menjadikannya istimewa kepada setiap list.
Contohnya, sekiranya korang terjumpa mana-mana website yang meminta korang mengisikan nama dan email, bila submit sahaja, terus dapat satu email yang menyuruh korang mengesahkan email terlebih dahulu dengan mengelik link yang diberikan. Walau pun korang submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama pulak tu. Korang mula hairan, orang ni tak tidur ke?
Esok dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “itulah kerja autoresponder”.
Kebanyakan top IM menggunakan perkhidmatan Aweber dan Getresponse sebagai autoresponder mereka kerana perkhidmatan mereka yang konsisten dan telah terkenal sebagai penyedia autoresponder berbayar yang terbaik. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah tinggi dan berubah-ubah mengikut keperluan kita.
Aweber sebagai contoh, bayaran langganan akan meningkat mengikut list kita, lagi ramai list yang dikumpul, lagi mahal bayaran bulanan yang perlu dibayar.
Bayaran Aweber
0 – 500 subcribers = USD19
501 – 2,500 subcribers = USD19 + USD10
2,501 – 5,000 subcribers = USD19 + USD30
5,001 – 10,000 subcribers = USD19 + USD50
10,001 – 25,000 subcribers = USD19 + USD130
25,001 = Contact Aweber
Jadi, jika korang masih baru dalam bidang ni, aku cadangkan korang menggunakan autoresponder norabots kerana banyak sebab. Paling aku suka sebab murah dan tanpa had. Maknanya, list sebesar mana pun, emel sebanyak mana pun, bayaran tetap sama $9.97 sebulan. Yang lain-lain fungsinya lebih kurang sama dengan autoresponder lain
- Boleh set waktu broadcast emel.
- RSS autoresponder – boleh di link kan dengan blog korang
- HTML atau text – boleh send emel dalam bentuk HTML atau text.
- Dan banyak lagi… boleh baca terus di sini.
Jika korang mendaftar norabots menggunakan link aku, rebet sebanyak RM15 akan diberikan setelah pembelian disahkan dan bonus eksklusif, video tutorial lengkap tentang autoresponder norabots berbahasa melayu akan diberikan
p/s: Untuk memastikan korang mendaftar menggunakan link aku, clearkan catche dan cookies terlebih dahulu, kemudian daftar di sini