Dalam mengembangkan atau mempromosikan sesuatu perkara, ramai antara kita melupakan perkara percuma yang tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah emel percuma (gmail, ymail, hotmail dll) emel-emel percuma ini sekarang mempunyai banyak fungsi yang memudahkan kita dan ramai orang tidak menggunakannya secara maksimum. Yang kita tahu hanya hantar emel spam, balas emel.
Kali ni aku nak berkongsi tips-tips menulis atau menghantar emel perniagaan. Bukan emel cinta ar..
- Pastikan korang menulis tujuan emel itu dihantar. Emel tersebut tidak perlu terlalu panjang memadai satu emel yang ringkas dan ayat tidak berbunga-bunga. Pastikan penerima tahu tujuan emel itu dihantar walaupun emel itu didelete oleh penerima.
- Pastikan ada ruang antara perkara-perkara yang ingin disampaikan. Lebih elok jika letakkan dalam bentuk point-point penting.
- Menghantar emel secara khusus dengan menyebut nama mereka di dalam emel tersebut. Ini boleh mengelakkan penerima menganggap emel itu spam kerana korang saling mengenali antara satu sama lain.
- Elakkan attachment jika boleh kerana lebih mudah jika korang letakkan sahaja link supaya penerima boleh lihat terus di link tersebut.
- Jangan menggunakan huruf besar sesuka hati kerana ini seperti menjerit dan ramai orang tidak suka dengan emel sebegitu.
- Sentiasa membaca semula emel korang untuk memeriksa sebarang kesilapan. Malula kalu dah hantar, pastu baru perasan tersalah eja ke, tersalah link ke.
- Meletakkan penafian bahawa korang telah memeriksa emel tersebut dan tidak mempunyai sebarang virus supaya penerima berasa selesa.
- Elakkan menggunakan emoticon, ini emel bisnes bukan emel cinta beb. Kalau emel cinta ikut suka korang la
- Elakkan juga meletakkan “request receipt”. Korang suka ke kena paksa-paksa untuk baca emel dan balas dengan segera??
- Elakkan menggunakan cc kerana ini akan mendedahkan emel tersebut kepada spammer-spammer.
- Letakkan ‘signature’ supaya penerima boleh melawat web/ blog korang. Lagi senang, korang set terus signature kat setting.
- Menulis samada emel tersebut boleh atau tidak di forward
- Dan yang paling aku benci, JANGAN jadi spammer.

Walaupun aku tidak pernah melihat cerita twilight ni, tapi masa aku berEbay 5 bulan dahulu, Twilight telah memberikan pulangan yang agak lumayan kat aku. Masa tu kat Malaysia tak top pun, kalau tahu pun tak ramai. Aku tahu pun sebab buat research tentang barang-barang yang hot kat Ebay, last-last terjumpa barang yang sangat hot nih.
Camana nak untung?? Senang-senang je kita nak untung sebenarnya. Katakan barang tu USD25 termasuk penghantaran, kita jual USD26-USD30. Agak-agak la harga jangan sampai mahal sangat. Saingan ramai, kalau barang kita mahal, sapa nak beli kan?? Dapat USD1-USD5 pun cukup la satu barang . Tu baru satu item… kalau 10 item satu hari, kaya beb. Tapi, barang kita tu mesti la lain dari yang lain, sebab ramai jugak orang menggunakan dropship ni. Bukan kita sorang je.
Keperluan penting lagi bagi setiap IM adalah software-software yang berguna untuk menjalankan perniagaan internet. Tools-tools ini adalah menjadi satu kewajipan jika anda berhasrat untuk menjadi seorang IM yang berjaya. Masih ingat lagi post saya sebelum ini?? Perniagaan internet ‘bukannya lari pecut, tapi marathon’ (kalau belum baca,
Pemasaran emel adalah sangat mudah, murah dan menguntungkan. Ramai Internet marketer berjaya dengan menggunakan teknik ini. Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu ada mailing list.
Youtube! Ramai orang tahu apa itu Youtube dan ramai juga yang melayarinya setiap hari. Tidak hairanlah jika ia berada di ranking ke-4 di Malaysia dan ke-5 di seluruh dunia. Tapi ramaikah yang tahu bahawa, Youtube boleh menjadikan kita kaya raya?? Saya percaya masih ramai yang tidak tahu malah menggelakkan pernyataan saya itu. Di Malaysia belum ada yang sampai tahap jutawan, tetapi kaya ada.

