Posts Tagged aku benci spam

Autoresponder murah dan bijak

Posted by diaien on Tuesday, 22 December, 2009

autoresponder-scriptKali ni aku nak bercerita tentang autoresponder plak. Jika korang bajet otai, separa otai, atau pun baru berjinak-jinak dengan dunia IM ni tentu tahu apa benda autoresponder ni, apa kegunaan autoresponder ni. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu apekejadahnya autoresponder ni.

Jika korang masih tak tahu, disini aku terangkan secara ringkas tentang autoresponder ni.

Autoresponder adalah sistem pengurusan email yang membolehkan emel dihantar kepada penerima secara sistematik dan automatik. Emel yang dihantar boleh ditetapkan bila, berapa, dan emel apa.  . Korang tulis email, tetapkan masa dan senarai penerima, sistem akan  menghantar emel secara automatik mengikut turutan kepada penerima.

Sistem Autoresponder juga adalah umpama setiausaha korang. Yang bagusnya adalah ia bekerja untuk  kita 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Ianya bukan sekadar sistem email malah lebih hebat. Ini dapat menyimpan nama, lokasi pengguna, dan maklumat lain yang kemudian boleh digunakan dalam autoresponder korang untuk menjadikannya istimewa kepada setiap list.

Contohnya, sekiranya korang terjumpa mana-mana website yang meminta korang mengisikan nama dan email, bila submit sahaja, terus dapat satu email yang menyuruh korang mengesahkan email  terlebih dahulu dengan mengelik link yang diberikan. Walau pun korang submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama pulak tu. Korang mula hairan, orang ni tak tidur ke?

Esok  dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “itulah kerja autoresponder”.

Kebanyakan top IM menggunakan perkhidmatan Aweber dan Getresponse sebagai autoresponder mereka kerana perkhidmatan mereka yang konsisten dan telah terkenal sebagai penyedia autoresponder berbayar yang terbaik. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah tinggi dan berubah-ubah mengikut keperluan kita.

Aweber sebagai contoh, bayaran langganan akan meningkat mengikut list kita, lagi ramai list yang dikumpul, lagi mahal bayaran bulanan yang perlu dibayar.

Bayaran Aweber
0 – 500 subcribers = USD19
501 – 2,500 subcribers = USD19 + USD10
2,501 – 5,000 subcribers = USD19 + USD30
5,001 – 10,000 subcribers = USD19 + USD50
10,001 – 25,000 subcribers = USD19 + USD130
25,001 = Contact Aweber

norabotscoverJadi, jika korang masih baru dalam bidang ni, aku cadangkan korang menggunakan autoresponder norabots kerana banyak sebab. Paling aku suka sebab murah dan tanpa had. Maknanya, list sebesar mana pun, emel sebanyak mana pun, bayaran tetap sama $9.97 sebulan. Yang lain-lain fungsinya lebih kurang sama dengan autoresponder lain

  • Boleh set waktu broadcast emel.
  • RSS autoresponder – boleh di link kan dengan blog korang
  • HTML atau text – boleh send emel dalam bentuk HTML atau text.
  • Dan banyak lagi… boleh baca terus di sini.

Jika korang mendaftar norabots menggunakan link aku, rebet sebanyak RM15 akan diberikan setelah pembelian disahkan dan bonus eksklusif, video tutorial lengkap tentang autoresponder norabots berbahasa melayu akan diberikan

p/s: Untuk memastikan korang mendaftar menggunakan link aku, clearkan catche dan cookies terlebih dahulu, kemudian daftar di sini


Cara mengelakkan emel spam

Posted by diaien on Saturday, 12 December, 2009

spammer

Ada sape-sape kat sini suka kena spam??? Kompom xde. Kalu ada tentu korang pun sama cam spammer-spammer lain. Suka buat spam. Kalu cerita bab spam, tentu korang terfikir dalam kepala otak korang, emel spam. Tapi sebenarnya banyak cara spammer buat kerja mereka. Spamming kat shout box, kat FB, kat blog, kat handphone, kat mana-mana la mereka suka. Dah nama spammer kan???

Menurut Wikipedia

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Jenis spam

Beberapa jenis spam adalah:

  • Spam e-mel
  • Spam chat
  • Spam forum
  • Spam SMS

Kali ni, aku nak kongsikan cara nak mengelakkan emel korang daripada dipenuhi oleh emel-emel spam ni. Sebenarnya, kesilapan kita juga yang menyebabkan emel kita berupaya disedut/ diambil oleh spammer-spammer ni.

Antara kesilapan yang sering kita buat:

  1. Meletakkan emel sesuka hati di blog, forum, shoutbox dll menyebabkan emel kita dengan senang-senang diambil oleh spammer kerana terdapat software email spider yang boleh menyedut emel-emel ini dengan mudah.
  2. Suka menghantar emel berantai dengan sesuka hati tanpa usul periksa dan langkah berjaga-jaga. Kebanyakan emel berantai ni dilakukan oleh spammer jugak untuk mengambil emel-emel  bakal mangsa mereka.
  3. Kadang-kadang kita juga suka menghantar emel spam, menyebabkan emel kita telah tersebar dengan meluas. Jadi dengan senang mereka menyedut emel korang.
  4. Banyak lagi sebenarnya, kalu korang tahu, boleh tinggalkan komen di bawah

Ok, disini aku kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan emel anda di spam.

  1. Memiliki lebih dari 1 emel
  • Lagi banyak emel, lagi bagus. Tapi sekurang-kurangnya 2 emel. Emel yang pertama adalah untuk urusan peribadi atau kerja sahaja. Jangan sesekali gunakan emel tersebut untuk mendaftar apa-apa program/ laman web apa-apa sahaja(terutama web lucah). Emel-emel yang lain korang boleh gunakan untuk urusan main-main lain. Korang pandai-pandaila, kalau kena spam pun takpe, nama pun emel untuk main-main.

2.  Tukar emel korang kepada bentuk image logo atau grafik

nak buat camni, klik disiniemel

mail nak buat camni. Klik disini

3.   Pendekkan emel korang menggunakan tinymail. Cara camni hampir sama ngan tinyurl, korang pun tahu kan??

tiny mail

4.   Kalau korang nak letak jugak emel kat blog/ forum atau mana-mana, korang boleh gantikan @ dengan [at] contohnya: emelmainmain@diaien.com tukar kepada emelmainmain[at]diaien.com. Cara ni boleh mengurangkan peratus emel korang untuk di spam. Kecuali spammer tersebut rajin menaip emel korang secara manual.

5. Kalau korang tahu apa-apa lagi cara nak elakkan spam ni, boleh tinggalkan komen di bawah.