Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM)

This entry was posted by diaien Friday, 25 December, 2009
Read the rest of this entry »

Internet

Ramai yang menyangka mencari duit menggunakan internet adalah mudah, sebab banyak website mengatakan perniagaan internet mudah semudah a,b,c. Artikel ini dikarang bukan untuk menakutkan anda, tetapi untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, satu kajian mengatakan hampir 99% orang yang menceburi dunia perniagaan di internet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit2 sahaja. Apa yang saya maksudkan disini adalah 99% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 1% sahaja yang benar2 berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).

Tetapi hampir 100% orang yang sudah mempunyai perniagaan fizikal dan produk tertentu diluar sana, pasti mempunyai kelebihan jika mereka memiliki website. Contohnya sekiranya anda mempunyai perniagaan kicap, menjual kereta, insurance, sudah pasti dengan mempunyai website yang menerangkan segala produk anda, anda mempunyai banyak kelebihan daripada peniaga yang tidak mempunyai website. Ini tidak diketegorikan sebagai internet marketer. Mereka ini peniaga offline, bukan online. Bagi saya mereka inilah yang sangat2 memerlukan untuk memiliki website sendiri.

Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk dirumah. Ini sebenarnya bagi saya bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. Kenapa tidak?

Kebanyakan orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, doktor, prof., mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.

Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah tu tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal seciput, sudah tentu mereka pun mahu, sapa tak nak.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang “pekerjaan” untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer. Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap internet marketer.

1. Mampu membuat website sendiri.
2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. Sebelum ini saya sudah terangkan konsepnya adalah “Percuma” dan “Berfaedah”
3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia, Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam webform mereka. Ia “percuma” dengan bayaran “data anda”.
4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi autopilot.
5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook atau twitter atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email kempen.
6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya akan menjauhkan pelanggan dari kita.

Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu pun jika mereka sudi mengajar.

Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit, tinggal keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn. Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang kadang2 tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi jaga (seperti lapuran akbar 3 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. Apabila sudah tamat, barulah anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.

Contoh2 internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta website google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada tahun 2004 mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakan2nya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web facebook pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept 2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.

Itulah golangan 1% yang saya perkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa dikenali ramai, tapi mereka sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.

Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah mudah tapi tak senang. Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua tiga ribu, tetapi modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar dan carilah guru yang betul. Semoga anda benar2 faham jalan yang kita pilih ini, bagaimana perjalanannya.

Oleh: Mazelan Abas

Related Posts with Thumbnails

32 Responses to “Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM)”

  1. kalau mengikut silibus tu aku bnyk kn blaja klu nk try IM ni bro..mmg btol ckp ko,mostly yg try bnda ni gagal dtgh jln..mereka pk bnda cmni terlalu sng n bole dpt tnpa usaha2 yg spatutnye..

    kalau da bjaya sbgai IM,mmg keje ni la dorg akn tumpu..snggup bnti keje..hehe..

    [Reply]

    diaien Reply:

    Nak jadi IM ni memang bukan senang. Banyak nak kena belajar beb. tapi kalu dah jadi, memang mashuk beb… Duk umah, balas emel, tgk duit masyuk cam air

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    tu la psl bro..klu da jadi mmmg masyuk je..tp mane2 keje pon ssh gak mule2..tp klu yg ni mmg ssh la nk berjaya..kn btol2 mnt..

    [Reply]

    diaien Reply:

    yap.. nombor satu minat, pape keje pun kalu tak minat memang tak boleh pegi jauh. buat sebulan dua, dah boring. tapi kalu dah minat, sepuluh tahun pun sekejap je.

    cam blogging jugak, kena ada minat. kalu x, sekejap je dah giveup. kita buat kerana minat, nombor dua baru income, baru kita x tension.

  2. uishh susah gak noo nak jadi internet marketing nih..tapi setahu aku skrg mark zuckerberg pengasas FB yang paling banyak buat duit betul ker ?

    kalo aku pun nak gak try wat duit melalui dunia IT nih, tapi masalah nyer kena duduk depan comp hari2 n ada lulusan dalam computer nih baru sedap..aku tak de semua tuh..huhu..
    Nine´s last blog ..Tahniah Adikku !!! My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    Kita tak yah la jadi cam mark Zuckerberg tu. jadi IM biasa2 pun cukup la bro..

    tak semestinya ada lulusan dalam computer baru boleh berjaya, Yang penting ada kemahuan, tu je yang penting bagi aku. Bak kata orang, “di mana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Jadi pandai-pandai la kita cari jalan. Bukan jalan cari kita. hehehe

    [Reply]

  3. kalau ada silibus dari dulu. Bagus gak. tapi sekarang, dah macam-macam ada. Ramai yang dah berjaya jadi IM dan blogger yang hebat.
    titan´s last blog ..Maincyber.com – Malaysia Online Classifieds My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    ramai yang berjaya dan ramai jugak yang gagal. yang betul2 komited je boleh berjaya. tak gitu bro???

    [Reply]

    jimie Reply:

    btul bro…mmg mudah tapi bukan senang nk jadi IM…aku stuju…skunk ni aku pun trase di level kegagalan lg ni…tapi gagal skali tak bermakna gagal slamanya…kne keep on blaja blaja dan blaja selok belok utk jadi IM ni…

    [Reply]

  4. bagus artikel ni.. aku dr mula start blogging mmg ade niat nk ceburi bidang IM ni.. cuma perlukan ilmu je dulu.. skrg masih lg study pasal IM.. xtau bile ade keyakinan nk mulakn.. dh tepuk dada, tp selera tanak jawab.. hehee
    Anarm´s last blog ..Blog update? Auto Tweet melalui Feedburner My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    Nak jadi IM ni memang nak kena ada ilmu bro.
    Dan ilmu yang paling penting adalah pengalaman..

    [Reply]

  5. AJ

    Artikel yang bagus. Teruskan usaha lagi ya diaien. :-)

    Terus teranglah untuk menjadi IM terlalu sukar. Modal yang paling banyak sekali yang perlu dilaburkan adalah modal masa dan usaha. Dalam Tempoh 6 bulan pertama sekurang kurangnya 10 jam sehari untuk mempelajari selok belok pemasaran melalui internet pun belum tentu cukup.

    So dengan berbekalkan sedikit modal, carilah IM yang telah berjaya mengajar korang. Sure jimat masa sikit. Cuma perlu tahu bahawa pertumbuhan IM di Malaysia semakin bertambah juga. persaingan sesama IM pun sudah semakin sengit. So bagaimana pula yang baru ingin bermula. You all Termasuk AJ juga.. :D ) perlulah berusaha lebih gigih lagi ya.

    Perniagaan internet akan menjadi 10x ganda lebih susah jika mahu mempelajari sendiri tetapi akan menjadi 10x ganda lebih senang melalui pengalaman dan kemahiran dari IM sendiri atau maklumat yang tepat terhadap sesuatu bidang IM itu. :-)

    Yup. benar yang penting sekali Minat yang mendalam untuk pengkhususan sesuatu bidang pekerjaan. AJ pun berminat tuk bidang ini dan sanggup untuk full time mempelajari selok belok pemasaran secara on9. Apa-apapun perjalanan masih jauh lagi untuk menjadi seorang IM berjaya.

    Sama-samalah berusaha dan belajar kerana pengetahuan pemasaran secara online sangat berguna sekarang hingga mungkin 10 ke 20 tahun akan datang.

    1-2 tahun mungkin tidak berjaya lagi. 5-10 tahun baru boleh merasainya.

    Nak jadi IM kenalah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ya. :-)
    AJ´s last blog ..Wawwi Minisite | Express | Save Time | Cost My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    Thanks AJ kerana komen yang panjang lebar dan aku sgt setuju ngan pdpt AJ.

    Selain minat, byk lagi faktor. Antara yang paling penting adalah konsisten dan semangat juang yang tinggi. Ramai orang gagal kerana takut untuk gagal.

    Hidup kena berani!!!

    gagal sekali, cuba lagi
    gagal 10 kali, cuba lagi
    teruskan mencuba hingga berjaya

    Thomas Edison pun berjaya mencipta
    mentol setelah mencuba lebih dari 1000 kali
    Itu lah yang perlu kita contohi. Kita???

    “fikir-fikirkan dan selamat beramal” hehehe

    [Reply]

    jimie Reply:

    yup stuju dgn tema “Berani Untuk Gagal”…aku nk tambah sket…gua kena “HATI KERING” punya…yeahhh..

    waaaaa, aku da rase semangat gilerr ni…kne jauhi sifat putus asa dan mudah mengeluh ni!!

    [Reply]

    jimie Reply:

    yup stuju dgn tema “Berani Untuk Gagal” tu AJ…aku nk tambah sket…gua kena “HATI KERING” punya…yeahhh..

    waaaaa, aku da rase semangat gilerr ni…kne jauhi sifat putus asa dan mudah mengeluh ni!!

    [Reply]

  6. artikel yang bagus..Nak berjaya dalam IM ni sifat putus asa kena buang jauh2..Berani untuk gagal perlu ada seperti yang AJ kata..saya pun baru nak bermula dalam bidang ni..sebab belum buat sepenuh masa lagi dalam bidang ni..dulu pernah putus asa sekejap tapi bangkit balik..sebab kalau sifat ini ada dalam diri memang sampai bila2 pun tak akan berjaya..Satu lagi jangan takut untuk bermula..saya bermula sebagai zero..harapan untuk jadi hero..hehe. Sama2lah kita berusaha ke arah hidup yang lebih baik ;)

    [Reply]

    diaien Reply:

    Ya, semangat itu sangat perlu dalam setiap perkara yang kita buat.

    [Reply]

    meezwan Reply:

    Bro signup la gravatar..baru kuar muka bro..:D..boleh search kat my blog untuk cara nak signup gravatar
    meezwan´s last blog ..Peluang Untuk JV Bersama Saya! My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    dah register. kat blog orang lain kuar muka, tapi kat sini tak kuar plak. ???

    diaien Reply:

    arr.. dah setle. kuar pun
    diaien´s last blog ..Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM) My ComLuv Profile

  7. nk spam ni bro..haha..ip aku kn ban kt cbox..ko ban sape?wakakakaa..lps ni delete la komen ni
    azizan4444´s last blog ..Saya Hairan Apabila …. My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. xberapa minat dengan IM ni…hahaha…jadi offline ok gak…
    syins´s last blog ..PengupasJalanan.com My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    Terpulang kepada individu. ada orang suka wat keje online, ada yang suka offline. bagi aku dua-dua penting. aku pun camtu sekarang

    [Reply]

  9. great info.. i like
    zuwairiaiman´s last blog ..The Charity Events My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. tq sngt2 bro ..informasi ini sngt2 berguna!
    Hazwan Hakim´s last blog ..Search Engine Optimazation – SEO My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. Bertambah lagi ilmu aku bro…thankx..
    Che Li´s last blog ..SELAMAT TAHUN BARU!! My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    welkom bro. ilmu utk dikongsi..
    sharing is caring..

    [Reply]

  12. Kalau tahu caranya mmg akan menjadi mudah nak menjana pendapatan di Internet. Masalahnya bila tak tahu, tu yg susah sikit. Elok dapatkan mentor yang boleh beri tunjuk ajar dan bimbingan dengan ikhlas. Pasti kejayaan akan lbh mudah
    Penang´s last blog ..Langkah menuju perubahan… My ComLuv Profile

    [Reply]

    diaien Reply:

    ye betul… kalau nak pandai mestila kena berguru
    kalau xde boleh jgak. tapi ambil masa yang lama utk
    menguasai sesuatu perkara.
    diaien´s last blog ..Hadiah Tahun Baru 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

  13. artikel yg sgt menarik….

    [Reply]

  14. adi

    salam..
    sy bdk bru nk blajr bnda ni smua…huhu
    tp x tau nk mula dr mn…de spe2 yg leh ajr x?
    tq..

    [Reply]

  15. vikojhons

    I believe the information covered in the discussion is top notch. I’ve been doing a research on the subject and your blog just cleared up a lot of questions. I am working on a custom essay and custom essays for my English class and currently reading lots of blogs to study.

    [Reply]


Leave a Reply



CommentLuv Enabled