Archive for category Perkongsian

Komisyen HyprobulkSMS – RM13 441 dalam masa 2 minggu

Posted by diaien on Tuesday, 19 January, 2010

RM 13 441 dalam masa 2 minggu??? Ya, itulah kenyataannya dan inilah buktinya

cek hyprobulksms 2 minggu

muhd hisham bin abdullah tawadi

Penerima cek tersebut.

Dalam masa lebih 2 bulan Hisham  telah berjaya mengumpul pendapatan melebihi RM65000.

Dan ini lah cek saya sendiri, walaupun sangat kecil jika dibandingkan dengan cek Hisham, tapi bagi saya cek  ini masih lumayan kerana saya menjalankan perniagaan ini secara sambilan hanya dari rumah. Ini juga adalah hasil kerja dari 1-15 Januari (setengah bulan).

gaji setengah bulan hyprobulksms

Wan Fakhrudin menerima cek

Alamak, serius la plak ambik cek.

Penerima-penerima cek yang lain

wanita hyprobulksms

menerima cek lebih RM1000

tunggu giliran

Bila aku nak ambik cek ni???

Anda?????

Untuk maklumat lanjut, klik sini

- Jika kita rajin usaha, insyaallah rezeki akan selalu bersama kita

- Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara

_____________________________________________________________________________________________________

Posted on 29th December 2009

cek 29 hb Disember 3

Alhamdulillah, ini adalah cek ketiga saya bersama-sama HyprobulkSMS yang berjumlah hampir-hampir 10k. ini adalah komisyen hasil usaha promosi saya selama 2 minggu. Bulan 12 sedikit perlahan kerana sibuk sedikit dengan majlis kenduri, pindah rumah, balik kampung dan sebagainya. Jumlah komisyen saya tidak banyak sebenarnya kerana  semasa mengambil cek ini, saya adalah orang ke-4 tertinggi. Maknanya ada orang yang berjaya mendapat komisyen lebih dari saya. cek ke-3 tertinggi berjumlah lebih RM3k, ke-2 tertinggi lebih RM5k dan tertinggi, seorang gadis berjaya mendapat lebih RM6k. Tahniah untuk semua. Itu baru yang ambil cek terus di HQ, belum lagi yang menerima cek secara pos kerana reseller HyprobulkSMS berada di seluruh Malaysia.

Bagi yang masih belum mengetahui perniagaan apa ini?? Boleh klik disini

Jika ingin mendaftar Klik disini (sila gunakan mozilla jika ingin mendaftar)

Jika ingin download Slaid tentang perniagaan ini Klik disini

Ini adalah antara cek-cek reseller lain dari seluruh Malaysia

cekshaceksham


Hadiah Tahun Baru 2010

Posted by diaien on Friday, 1 January, 2010

New Year Lights 2010

Selamat tahun baru semua…. Belum terlambat rasanya ucapan tu sebab hari ni adalah 1 Januari 2010. Bermulanya satu tahun yang baru dalam kehidupan kita. Adakah semua azam kita telah tercapai?? Kalau tak semua pun dapat separuh pun dah kira ok. Jangan takde langsung sudahlah. Teruk tu…

Baiklah, bermulanya tahun baru, maknanya azam pun mestilah baru kan?? Azam tu plak mesti la lagi gempak dari tahun-tahun sebelum ni. Azam saya senang je, semoga tahun ni akan bertambah sukses dalam kehidupan. Tidak kira la dari segi kerjaya ke.. keluarga ke.. kewangan ke.. semua la. (cam biasa je) hahaha.

Ok lah, entri pertama untuk tahun 2010 ringkas je. Last sekali saya nak kongsikan hadiah tahun baru saya. Bukan untuk berlagak, Cuma sekadar untuk menaikkan semangat saya dan rakan-rakan lain bahawa “kejayaan takkan datang tanpa usaha”.

Teruskan usaha anda

p/s: setiap kali ada ‘wang masyuk’… inilah sms yang akan diterima.

p/s/s: kadang-kadang tak payah buat apa pun, sms cam ni sampai (komisyen dari level bawah).. hehehe

income-1-januari-2010


Autoresponder murah dan bijak

Posted by diaien on Tuesday, 22 December, 2009

autoresponder-scriptKali ni aku nak bercerita tentang autoresponder plak. Jika korang bajet otai, separa otai, atau pun baru berjinak-jinak dengan dunia IM ni tentu tahu apa benda autoresponder ni, apa kegunaan autoresponder ni. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu apekejadahnya autoresponder ni.

Jika korang masih tak tahu, disini aku terangkan secara ringkas tentang autoresponder ni.

Autoresponder adalah sistem pengurusan email yang membolehkan emel dihantar kepada penerima secara sistematik dan automatik. Emel yang dihantar boleh ditetapkan bila, berapa, dan emel apa.  . Korang tulis email, tetapkan masa dan senarai penerima, sistem akan  menghantar emel secara automatik mengikut turutan kepada penerima.

Sistem Autoresponder juga adalah umpama setiausaha korang. Yang bagusnya adalah ia bekerja untuk  kita 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Ianya bukan sekadar sistem email malah lebih hebat. Ini dapat menyimpan nama, lokasi pengguna, dan maklumat lain yang kemudian boleh digunakan dalam autoresponder korang untuk menjadikannya istimewa kepada setiap list.

Contohnya, sekiranya korang terjumpa mana-mana website yang meminta korang mengisikan nama dan email, bila submit sahaja, terus dapat satu email yang menyuruh korang mengesahkan email  terlebih dahulu dengan mengelik link yang diberikan. Walau pun korang submit pukul 3 pagi, email tersebut tetap masuk, siap panggil nama pulak tu. Korang mula hairan, orang ni tak tidur ke?

Esok  dapat satu lagi email dari kawan tu, penerangan mengenai produk yang dia tawarkan, lusa dapat lagi satu, tulat dapat lagi satu, tunggeng dapat lagi satu, dan kita mula terfikir, dia ni tak ada kerja lain ke, asyik hantar email je, jawapannya “itulah kerja autoresponder”.

Kebanyakan top IM menggunakan perkhidmatan Aweber dan Getresponse sebagai autoresponder mereka kerana perkhidmatan mereka yang konsisten dan telah terkenal sebagai penyedia autoresponder berbayar yang terbaik. Tetapi, bayaran yang dikenakan adalah tinggi dan berubah-ubah mengikut keperluan kita.

Aweber sebagai contoh, bayaran langganan akan meningkat mengikut list kita, lagi ramai list yang dikumpul, lagi mahal bayaran bulanan yang perlu dibayar.

Bayaran Aweber
0 – 500 subcribers = USD19
501 – 2,500 subcribers = USD19 + USD10
2,501 – 5,000 subcribers = USD19 + USD30
5,001 – 10,000 subcribers = USD19 + USD50
10,001 – 25,000 subcribers = USD19 + USD130
25,001 = Contact Aweber

norabotscoverJadi, jika korang masih baru dalam bidang ni, aku cadangkan korang menggunakan autoresponder norabots kerana banyak sebab. Paling aku suka sebab murah dan tanpa had. Maknanya, list sebesar mana pun, emel sebanyak mana pun, bayaran tetap sama $9.97 sebulan. Yang lain-lain fungsinya lebih kurang sama dengan autoresponder lain

  • Boleh set waktu broadcast emel.
  • RSS autoresponder – boleh di link kan dengan blog korang
  • HTML atau text – boleh send emel dalam bentuk HTML atau text.
  • Dan banyak lagi… boleh baca terus di sini.

Jika korang mendaftar norabots menggunakan link aku, rebet sebanyak RM15 akan diberikan setelah pembelian disahkan dan bonus eksklusif, video tutorial lengkap tentang autoresponder norabots berbahasa melayu akan diberikan

p/s: Untuk memastikan korang mendaftar menggunakan link aku, clearkan catche dan cookies terlebih dahulu, kemudian daftar di sini


Promosi percuma menggunakan emel

Posted by diaien on Tuesday, 15 December, 2009

emailDalam mengembangkan atau mempromosikan sesuatu perkara, ramai antara kita melupakan perkara percuma yang tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah emel percuma (gmail, ymail, hotmail dll) emel-emel percuma ini sekarang mempunyai banyak fungsi yang memudahkan kita dan ramai orang tidak menggunakannya secara maksimum. Yang kita tahu hanya hantar emel spam, balas emel.

Kali ni aku nak berkongsi tips-tips menulis atau menghantar emel perniagaan. Bukan emel cinta ar..

  • Pastikan korang menulis tujuan emel itu dihantar. Emel tersebut tidak perlu terlalu panjang memadai satu emel yang ringkas dan ayat tidak berbunga-bunga. Pastikan penerima tahu tujuan emel itu dihantar walaupun emel itu didelete oleh penerima.
  • Pastikan ada ruang antara perkara-perkara yang ingin disampaikan. Lebih elok jika letakkan dalam bentuk point-point penting.
  • Menghantar emel secara khusus dengan menyebut nama mereka di dalam emel tersebut. Ini boleh mengelakkan penerima menganggap emel itu spam kerana korang saling mengenali antara satu sama lain.
  • Elakkan attachment jika boleh kerana lebih mudah jika korang letakkan sahaja link supaya penerima boleh lihat terus di link tersebut.
  • Jangan menggunakan huruf besar sesuka hati kerana ini seperti menjerit dan ramai orang tidak suka dengan emel sebegitu.
  • Sentiasa membaca semula emel korang untuk memeriksa sebarang kesilapan. Malula kalu dah hantar, pastu baru perasan tersalah eja ke, tersalah link ke.
  • Meletakkan penafian bahawa korang telah memeriksa emel tersebut dan tidak mempunyai sebarang virus supaya penerima berasa selesa.
  • Elakkan menggunakan emoticon, ini emel bisnes bukan emel cinta beb. Kalau emel cinta ikut suka korang la
  • Elakkan juga meletakkan “request receipt”. Korang suka ke kena paksa-paksa untuk baca emel dan balas dengan segera??
  • Elakkan menggunakan cc kerana ini akan mendedahkan emel tersebut kepada spammer-spammer.
  • Letakkan ‘signature’ supaya penerima boleh melawat web/ blog korang. Lagi senang, korang set terus signature kat setting.
  • Menulis samada emel tersebut boleh atau tidak di forward
  • Dan yang paling aku benci, JANGAN jadi spammer.

Cara mengelakkan emel spam

Posted by diaien on Saturday, 12 December, 2009

spammer

Ada sape-sape kat sini suka kena spam??? Kompom xde. Kalu ada tentu korang pun sama cam spammer-spammer lain. Suka buat spam. Kalu cerita bab spam, tentu korang terfikir dalam kepala otak korang, emel spam. Tapi sebenarnya banyak cara spammer buat kerja mereka. Spamming kat shout box, kat FB, kat blog, kat handphone, kat mana-mana la mereka suka. Dah nama spammer kan???

Menurut Wikipedia

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Jenis spam

Beberapa jenis spam adalah:

  • Spam e-mel
  • Spam chat
  • Spam forum
  • Spam SMS

Kali ni, aku nak kongsikan cara nak mengelakkan emel korang daripada dipenuhi oleh emel-emel spam ni. Sebenarnya, kesilapan kita juga yang menyebabkan emel kita berupaya disedut/ diambil oleh spammer-spammer ni.

Antara kesilapan yang sering kita buat:

  1. Meletakkan emel sesuka hati di blog, forum, shoutbox dll menyebabkan emel kita dengan senang-senang diambil oleh spammer kerana terdapat software email spider yang boleh menyedut emel-emel ini dengan mudah.
  2. Suka menghantar emel berantai dengan sesuka hati tanpa usul periksa dan langkah berjaga-jaga. Kebanyakan emel berantai ni dilakukan oleh spammer jugak untuk mengambil emel-emel  bakal mangsa mereka.
  3. Kadang-kadang kita juga suka menghantar emel spam, menyebabkan emel kita telah tersebar dengan meluas. Jadi dengan senang mereka menyedut emel korang.
  4. Banyak lagi sebenarnya, kalu korang tahu, boleh tinggalkan komen di bawah

Ok, disini aku kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan emel anda di spam.

  1. Memiliki lebih dari 1 emel
  • Lagi banyak emel, lagi bagus. Tapi sekurang-kurangnya 2 emel. Emel yang pertama adalah untuk urusan peribadi atau kerja sahaja. Jangan sesekali gunakan emel tersebut untuk mendaftar apa-apa program/ laman web apa-apa sahaja(terutama web lucah). Emel-emel yang lain korang boleh gunakan untuk urusan main-main lain. Korang pandai-pandaila, kalau kena spam pun takpe, nama pun emel untuk main-main.

2.  Tukar emel korang kepada bentuk image logo atau grafik

nak buat camni, klik disiniemel

mail nak buat camni. Klik disini

3.   Pendekkan emel korang menggunakan tinymail. Cara camni hampir sama ngan tinyurl, korang pun tahu kan??

tiny mail

4.   Kalau korang nak letak jugak emel kat blog/ forum atau mana-mana, korang boleh gantikan @ dengan [at] contohnya: emelmainmain@diaien.com tukar kepada emelmainmain[at]diaien.com. Cara ni boleh mengurangkan peratus emel korang untuk di spam. Kecuali spammer tersebut rajin menaip emel korang secara manual.

5. Kalau korang tahu apa-apa lagi cara nak elakkan spam ni, boleh tinggalkan komen di bawah.


Rahsia pengiklanan yang berkesan

Posted by diaien on Tuesday, 1 December, 2009

peel away adsPernah korang dengar Peel Away Ad?? Kalau pernah tentu korang tahu betapa susah dan lecehnya nak memasang di blog atau web korang. Kalau korang tanya pakcik google pun macam2 ada, yg free ada (tak stabil dan support semua browser) dan tak kurang jugak yang berbayar (harga tak yah cerita la mahal)Jika tak pernah dengar, lihat je kat bucu blog aku ni, Tulah dia, Peel Away Ad yang mampu menarik perhatian orang untuk melihat / mengelik iklan di blog kita.

Ramai top-top blogger menggunakan Peel Away Ad ini dan mampu menarik 150% trafik ke iklan mereka.

Setelah dua tiga hari aku menyelongkar pakcik google, dah download macam-macam skrip, macam-macam tutorial, dah cuba ‘try and error’ kat blog aku, memang susah nak pasang plugin ni. Akhirnya aku terjumpa satu website yang menjual skrip & tutorial dengan harga yang cukup murah. Sangat berbaloi-baloi kalu korang berminat, kenapa??

  • Berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengunjung ke tahap MAKSIMUM
  • Boleh berfungsi dengan baik di Internet Explorer - Penting !!!
  • Script mudah di edit dan mudah dipasang di blog / website.
  • Boleh di pasang di seberapa banyak blog (wordpress) / website yang korang mahu. Peel Away Ads Premium boleh muncul di setiap halaman blog / website korang.
  • Script yang sangat stabil dan sangat sukar untuk di block oleh browser.

Silap-silap hari bulan, boleh ambil upah nak pasang skrip ni kat web/blog  kengkawan korang

Nak tahu lebih lanjut tentang Peel Away Ad ni?? Klik je sini


Twilight New Moon boleh buat duit

Posted by diaien on Tuesday, 24 November, 2009

twillight new moon 2Walaupun aku tidak pernah melihat cerita twilight ni, tapi masa aku berEbay 5 bulan dahulu, Twilight telah memberikan pulangan yang agak lumayan kat aku. Masa tu kat Malaysia tak top pun, kalau tahu pun tak ramai. Aku tahu pun sebab buat research tentang barang-barang yang hot kat Ebay, last-last terjumpa barang yang sangat hot nih.

Tentu korang tertanya-tanya, camana nak buat buit dengan barang-barang camni. Haa.. tu rahsia sebenarnya, tapi hari ni, nak bocorkan sikit rahsia otai-otai Ebay. Tapi tak bocorkan semua, marah plak otai-otai ebay kat aku.

Barang-barang yang aku jual tu pun takda kat Malaysia, semua oversea. Aku jadi orang tengah je.. ala tentu korang pernah dengar tentang ‘ dropship ’ kan?? Tu la dia. Kalau tak tahu, aku terangkan sikit kat sini. Menggunakan dropship, kita sebagai orang tengah. Kita cari gambar-gambar yang menarik pastu edit sikit-sikit bagi gempak sikit, pastu kita letakkan gambar tu kat barang-barang yang kita nak jual. Seperti  sarung bantal, mug, mouse pad, t-shirt, dan macam-macam lagilah. Barang-barang ni semua dropshipper akan siapkan dan hantar ke alamat pembeli. Kita perlu edit je di web mereka. Pas dah siap edit gambar ngan jadikan item yang menarik, mulalah list kan barang2 tersebut kat Ebay.

twillight new moon 3Camana nak untung?? Senang-senang je kita nak untung sebenarnya. Katakan barang tu USD25 termasuk penghantaran, kita jual USD26-USD30. Agak-agak la harga jangan sampai mahal sangat. Saingan ramai, kalau barang kita mahal, sapa nak beli kan?? Dapat USD1-USD5 pun cukup la satu barang . Tu baru satu item… kalau 10 item satu hari, kaya beb.  Tapi, barang kita tu mesti la lain dari yang lain, sebab ramai jugak orang menggunakan dropship ni. Bukan kita sorang je.

Kalau korang pun berminat nak berEbay dan menggunakan khidmat dropship, satu je nasihat dari dari aku, cari yang betul-betul menjalankan perniagaan dan telah lama wujud. Perlu buat research sikit. Ramai dropsipper kat luar sana, dan majoritinya scam. Jadi berhati-hatilah semasa memilih dropshipper.

Sebenarnya banyak cara nak berjaya ngan ebay ni, menggunakan dropshipper ni, salah satu dari cabangnya sahaja. Nak tahu lagi, tunggu post  yang seterusnya.


Kajian Produk Fizikal Ebay

Posted by diaien on Sunday, 22 November, 2009

ebook percuma kajian produk fizikal ebayAnda tahu ebay? Ebay merupakan laman lelongan terbesar di dunia dan anda boleh menjual macam-macam barangan.

Perniagaan Ebay sangat mudah dan boleh mengaut untung berlipat ganda jika anda tahu caranya. Malah jika kena caranya anda boleh mengaut keuntungan hanya dengan menjadi orang tengah sahaja (untung atas angin).

Sekiranya anda ingin berpindah rumah dan ingin menjual semua barangan terpakai yang anda tidak ingin gunakan lagi, anda boleh menggunakan Ebay sebagai medium jualan untuk barangan terpakai anda.

Ebay juga sebenarnya salah satu cara anda untuk mendapatkan fast income sekiranya anda tahu tekniknya dengan betul. Dan satu perkara yang paling crucial dalam perniagaan internet ini ialah anda perlu membuat RESEARCH. Ya, anda perlu membuat research dengan lebih mendalam supaya barang yang anda jual di Ebay tidak tersadai dan menyebabkan fee anda menggunung hanya kerana listing di Ebay sahaja.

Maka di sini seorang rakan saya iaitu Zacky telah melancarkan ebook PERCUMA di mana anda boleh membuat research bagaimana untuk mencari barang yang sedang HOT di Ebay dan mendapat banyak permintaan.

Dapatkan ebook ini sekarang juga. Jika anda rasa ebook ini tidak berguna untuk anda sekarang, takpa download je sekarang. Mungkin suatu hari nanti anda akan memerlukan ebook ini. Anda pasti tidak akan menyesal.

Download disini

http://www.gdi4money.ws/KajianProdukFizikalEbay.rar


Trafik = Keuntungan

Posted by diaien on Saturday, 21 November, 2009

trafik = pengunjung

Trafik… trafik… trafik…

Secanggih mana pun blog/web anda…

Secantik mana pun blog/web  anda…

Sehebat mana pun blog/ web  anda…

Itu semua tidak membawa makna jika tiada pengunjung yang mengunjungi blog/web anda. Tidak kira apa pun yang anda promosi, MLM, Affiliate, clickbank, nuffnang, adsense, pendek kata, apa-apa sahajalah. Takde maknanya kalau tiada orang berkunjung  ke web/ blog anda.

Ada bermacam-macam cara yang boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda samada berbayar atau pun percuma. Kalau berbayar faham-faham sahajalah, modal tuh. Jadi kali ni, saya nak berkongsikan satu ebook yang di tulis oleh saudara Fahmi. Saya pasti sudah ramai memiliki ebook ini, tetapi masih ramai yang mencari-cari ebook seperti ini. Jadi, jika anda belum memiliki, boleh download terus dari sini: http://www.gdi4money.ws/100CaraPromosiTingkatkanWebTrafikAnda.rar


Keperluan penting seorang IM

Posted by diaien on Thursday, 19 November, 2009

toolsusahawanKeperluan penting lagi bagi setiap IM adalah software-software yang berguna untuk menjalankan perniagaan internet. Tools-tools ini adalah menjadi satu kewajipan jika anda berhasrat untuk menjadi seorang IM yang berjaya. Masih ingat lagi post saya sebelum ini?? Perniagaan internet ‘bukannya lari pecut, tapi marathon’ (kalau belum baca, klik disini)

Baiklah, anda boleh download ebook percuma yang ditulis oleh saudara Fahmi tentang tools-tools ini.

Download disini: http://www.gdi4money.ws/tools-usahawan-internet.zip


Pemasaran Emel yang menguntungkan

Posted by diaien on Thursday, 19 November, 2009

emailPemasaran emel adalah sangat mudah, murah dan menguntungkan. Ramai Internet marketer berjaya dengan menggunakan teknik ini. Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu ada mailing list.

Maling list ini adalah senarai email yang diperolehi dengan kerelaan tuan punya email itu sendiri. Dengan adanya maling list ini, anda boleh menghantar email kepada tuan punya email tanpa dianggap sebagai SPAMMER kerana menghantar email SPAM.

Mailing list ini tidak datang dengan sendirinya. Ianya perlu dikumpul dengan

menggunakan cara yang beretika kerana ini akan melibatkana kreadibiliti anda juga sebagai seorang Internet marketer.

Menghantar email kepada mailing list yang diperolehi dengan cara menyedut email tersebut menggunakan software adalah salah satu tindakan yang tidak beretika dalam teknik pemasaran email. Untuk mengetahui cara dan bagaimana sistem ini digunakan, anda boleh download ebook percuma yang ditulis oleh Sahabat saya iaitu  saudara Kasimo,

Download disini http://www.gdi4money.ws/kumpullist.zip


Promosi percuma menggunakan Youtube

Posted by diaien on Thursday, 19 November, 2009

youtubeYoutube! Ramai orang tahu apa itu Youtube dan ramai juga yang melayarinya setiap hari. Tidak hairanlah jika ia berada di ranking ke-4 di Malaysia dan ke-5 di seluruh dunia. Tapi ramaikah yang tahu bahawa, Youtube boleh menjadikan kita kaya raya?? Saya percaya masih ramai yang tidak tahu malah menggelakkan pernyataan saya itu. Di Malaysia belum ada yang sampai tahap jutawan, tetapi kaya ada.

Bagaimana?

Ya itu lah soalan yang menyebabkan saya explore tentang Youtube ini. Sebenarnya Youtube boleh digunakan sebagai medium promosi yang cukup berkuasa dan berguna kepada kita. Yang bestnya, PERCUMA.   Dengan Youtube, kita boleh menarik trafik atau bakal pelanggan kita ke web/ blog/ link/ landing page kita. Ramai orang menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan perniagaan, affiliate, clickbank, PPL dan bermacam-macam lagilah.

Apa nak buat??

  • Yang pertama kita mestilah ada video untuk diupload. Kalau takde, cari video di Youtube  yang mempunyai hits tinggi/ permintaan tinggi>>> (lagu baru, video klip baru, berita gempar dll). Dah jumpa , download tersebut. Sebenarnya, anda boleh membuat video daripada mp3 dalam masa beberapa minit sahaja. Lihat contoh video saya ini , Contoh video
  • Cuba anda lihat berapa orang telah melihat video itu walaupun baru beberapa minggu diupload. Video itu pun disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja.
  • Nak download video daripada youtube ada beberapa cara.
    • Download terus dari youtube
    • Menggunakan perisian/ software khas. Saya suka gunakan software videoGet. Anda boleh download disini. http://gdi4money.ws/GetVideo.rar Lepas download, install >>> ‘VideoGetInstaller_trial’ kemudian klik ‘VideoGet 3.0.2.44_Patch_Under SEH Team’ untuk men’crack’ software tersebut. Tekan butang patch. Dah siap. Anda kini boleh menggunakan software tersebut utk men’download’ dari mana-mana web yang mempunyai video. Anda hanya perlu copy address video yang diingini, kemudian pastekan di software tersebut. Cari banyak-banyak video, kemudian download.
  • Upload semula video tersebut ke akaun youtube anda. Tiada akaun?? Daftar je, percuma… klik butang
    • upload >>>yang ada disebelah kanan di bahagian atas.
    • Upload video>>>klik disitu dan cari dimana video anda tadicara upload video ke youtube
    • Isikan >> title > description (inilah yang paling penting anda perlu buat)  >>tags (penting  untuk memudahkan video anda dicari) >>  category (letakkan category video anda) >> privacy (letakkan share)
    • Save
  • Ulangi langkah-langkah yang sama untuk video yang lain.
  • Setelah video anda siap, satu lagi langkah yang perlu anda buat adalah meletakkan ‘annotation’ di dalam video andacara letakkan annotation youtube
    • Klik di ‘annotation editor’ >>> klik  di ikon (kotak dan tambah)>>> klik di video anda untuk meletakkan annotation tersebut. Setelah klik di video, anda boleh mengubah warna, saiz dan kedudukan. Tulis apa-apa yang anda rsaakan perlu disitu. Anda juga boleh menetapkan masa annotation itu akan muncul dan hilang di kolum >>>time.
  • Last sekali anda>>> save>>>publish.

Setakat ini perkongsian saya kali ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah.

Sekian.

*****
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan di blog atau atau di mana sahaja tetapi dengan syarat meletak info ini dan juga pautan (link) berikut di akhir post blog anda tersebut:

Sumber: http://diaien.com/perkongsian/promosi-percuma-menggunakan-youtube

*****


Download lagu mp3 percuma

Posted by diaien on Monday, 16 November, 2009
mp3 percuma

Bagi yang suka mendengar lagu mp3 percuma, di sini saya berikan satu web yang memberikan banyak lagu berformat mp3 untuk di download. Percuma!!! Yang saya suka tentang web ni, lagu-lagu yang disediakan sentiasa di update. Baru je main kat radio, sekejap je dah ada kat web ini. Cubalah http://www.index-of-mp3.com


Renungan buat Internet Marketer (IM)

Posted by diaien on Monday, 16 November, 2009

money-laptop

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan.

Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah:

* Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.
* List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.
* Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.
* Janji-janji manis tidak dipenuhi.
* Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.
* Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.
* Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.
* Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.
* Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.
* Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka.

Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masalah penjual atau usahawan internet (internet marketer) tersebut. (Saya tidak mahu menggunakan istilah usahawan internet kerana istilah ini hanya sesuai untuk mereka yang benar-benar melakukan perniagaan dan keusahawanan, bukan sekadar menjual.)

Saya tidak suka mencari salah orang atau bercakap mengenainya. Tetapi sebagai khalifah di muka bumi ini (kita semua), selain saya perlu mencari rezeki untuk perut sendiri, namun saya juga bertanggungjawab menyatakan kebenaran walaupun ia pahit. Saya tidak mahu bersubahat untuk menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang sering gagal, berhentilah mempercayai janji-janji manis dan belajarlah dengan cara yang sebenarnya. Mencari seseorang yang jujur teramat susah di zaman ini. Maka, perlunya kesabaran yang tinggi di dalam usaha dan pembelajaran. Tiada pil ajaib untuk berjaya sekelip mata.

Sesungguhnya sikap terlalu taksub untuk mudah berjaya adalah sesuatu yang amat disukai oleh sebahagian besar Internet Marketer. Kerana, orang yang bersikap sebegitu teramat mudah untuk diumpan.

Dan bagi Internet Marketer yang tidak mendidik dan membimbing pembeli dengan sepatutnya, atau tidak menjaga mereka dengan baik, atau hanya mementingkan perut sendiri, lakukanlah sesuatu yang terbaik sebelum kegagalan usaha anda bermula. Ini adalah nasihat ikhlas saya.

Apalah guna jika mendapat puluhan atau ratusan ribu tetapi dengan duit itu kita dimaki-maki, dimarah-marah dan tidak dihalalkan oleh pembeli yang tertipu? Mahu berbangga-bangga dengan pendapatan itu? Enjoy, happy, hebat, senang dan berharta dengan pendapatan itu? Hidup kita pasti akan gundah-gulana dengan pendapatan sebegitu. Sudah-sudahlah…

Artikel ini bukan bermaksud saya mahu mengatakan orang lain tidak bagus dan saya lebih baik. Tidak sesekali. Ini hanya sekadar saling ingat-mengingatkan sahaja sebagai saudara seagama termasuk mengingatkan diri saya sendiri. Saya juga sentiasa memperbaiki mana-mana kelemahan saya. Cuma, jika kesalahan itu diulang-ulang dengan sengaja, apakah maksudnya itu?

Selain itu, tulisan saya ini adalah juga suara daripada mereka yang telah kecewa dan tertipu dengan sesetengah IM termasuklah IM-IM yang mempunyai nama dan gelaran. Itu kata mereka. Sejauh mana sahihnya, saya kurang pasti. Tapi, saya seringkali mendengar keluhan kekecewaan ramai orang terutama mereka yang baru ingin bermula di dalam arena IM ini.

Ingin saya ulangi di sini, kebanyakan produk bukan tidak bagus. Tetapi yang dipersoalkan adalah janji-janji manis yang palsu. Apa yang dijanjikan pada laman web, hanya tipu daya semata-mata. Bagi saya, walau bagaimana pun panduan tersebut, ia tetap bagus kerana ia adalah ilmu. Maka, jangan salahkan produk, tapi salahkan orang yang menjualnya.

Ya, benar. Terkadang produk bagus sekali mana pun, tapi jika pembeli tidak berusaha dan malas bertindak, maka sudah pasti itu salah mereka. Yang menjual panduan itu hanya sekadar menunjuk jalan dan yang membeli itu perlu melaluinya sendiri. Tetapi, bagaimana jika jalan yang ditunjukkan itu jalan yang bersimpang siur, jalan mati dan sering bertukar-tukar jalan?

Artikel ini bukanlah provokasi, tidak berpuas-hati atau sebagainya. Tetapi ia adalah ikhlas daripada saya untuk melihat industri IM di Malaysia bukan hanya didominasi oleh sesetengah pihak sahaja atau berlakunya sesuatu yang boleh merosakkan bidang ini.

Dan tulisan saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan ini semua sebagai satu usaha untuk muhasabah agar kita tidak jauh tergelincir. Mengkritik itu bukan bererti bermusuh. Tidak sependapat itu tidak bermakna tidak suka.

Dengan ini, jika masih ada yang tertipu dengan mana-mana Internet Marketer, ia bukan lagi tanggungjawab saya kerana saya telah menyatakan peringatan ini. Saya telah berlepas diri.

Sudah-sudahlah…

Wassalam.

Yang ikhlas,
SmartZul

Sumber Artikel: http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/