Archive for category Motivasi

Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM)

Posted by diaien on Friday, 25 December, 2009

Internet

Ramai yang menyangka mencari duit menggunakan internet adalah mudah, sebab banyak website mengatakan perniagaan internet mudah semudah a,b,c. Artikel ini dikarang bukan untuk menakutkan anda, tetapi untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, satu kajian mengatakan hampir 99% orang yang menceburi dunia perniagaan di internet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit2 sahaja. Apa yang saya maksudkan disini adalah 99% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 1% sahaja yang benar2 berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).

Tetapi hampir 100% orang yang sudah mempunyai perniagaan fizikal dan produk tertentu diluar sana, pasti mempunyai kelebihan jika mereka memiliki website. Contohnya sekiranya anda mempunyai perniagaan kicap, menjual kereta, insurance, sudah pasti dengan mempunyai website yang menerangkan segala produk anda, anda mempunyai banyak kelebihan daripada peniaga yang tidak mempunyai website. Ini tidak diketegorikan sebagai internet marketer. Mereka ini peniaga offline, bukan online. Bagi saya mereka inilah yang sangat2 memerlukan untuk memiliki website sendiri.

Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk dirumah. Ini sebenarnya bagi saya bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. Kenapa tidak?

Kebanyakan orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, doktor, prof., mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.

Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah tu tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal seciput, sudah tentu mereka pun mahu, sapa tak nak.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang “pekerjaan” untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer. Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap internet marketer.

1. Mampu membuat website sendiri.
2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. Sebelum ini saya sudah terangkan konsepnya adalah “Percuma” dan “Berfaedah”
3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia, Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam webform mereka. Ia “percuma” dengan bayaran “data anda”.
4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi autopilot.
5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook atau twitter atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email kempen.
6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya akan menjauhkan pelanggan dari kita.

Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu pun jika mereka sudi mengajar.

Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit, tinggal keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn. Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang kadang2 tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi jaga (seperti lapuran akbar 3 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. Apabila sudah tamat, barulah anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.

Contoh2 internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta website google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada tahun 2004 mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakan2nya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web facebook pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept 2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.

Itulah golangan 1% yang saya perkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa dikenali ramai, tapi mereka sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.

Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah mudah tapi tak senang. Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua tiga ribu, tetapi modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar dan carilah guru yang betul. Semoga anda benar2 faham jalan yang kita pilih ini, bagaimana perjalanannya.

Oleh: Mazelan Abas


Ini bukan lari pecut, ini marathon!!!

Posted by diaien on Tuesday, 17 November, 2009

marathonRamai orang terjun ke bidang perniagaan internet dan berharap untuk mengaut keuntungan dengan cepat. Kerana itulah ramai yang GAGAL. Hanya yang betul-betul komited dan konsisten sahaja mampu bertahan. Kenapa??? Kerana kita bukannya nak lari pecut, tapi ini adalah marathon. Anda boleh menghabiskan wang anda dalam masa 3 hingga 4 minggu, kemudian membuat kesimpulan bahawa ia tidak berhasil. Pemasaran internet bukanlah mudah., tapi ia tidaklah sesusah mana. Anda tidak akan dapat belajar hanya dalam beberapa minggu, tetapi semua orang boleh lakukan JIKA mempunyai keinginan dan kesungguhan.

Ramai antara kita  menghabiskan ribuan ringgit ke kolej atau universiti untuk belajar kemahiran yang mana belum tentu akan digajikan apatah lagi menjadi kaya. Pemasaran internet akan membuat anda betul-betul kaya! Jadi tidakkah anda fikir adalah perlu untuk anda mengambil sedikit masa untuk belajar??

JIka anda mempunyai keinginan dan betul-betul ingin belajar, saya ada sesuatu untuk dikongsi:

  1. Cari latihan/ sistem pemasaran yang baik  dan seorang mentor yang betul-betul berjaya.Ramai dikalangan IM Malaysia telah berjaya, malah sudah ada yang bergelar jutawan hasil dari perniagaan internet. Jadi, kita pilih je seorang. Selidik dan kaji mereka, dekati mereka.
  2. Pilih 1 atau 2 perkara untuk anda belajar terlebih dahulu sebelum ke perkara seterusnya. Kuasai satu per satu kemahiran terlebih dahulu. Contohnya pengiklanan percuma, media social, forum dan seterusnya ke pengiklanan berbayar seperti Google PPC dan sebagainya.
  3. Letakkan bajet bulanan anda. Anda tidak perlu banyak wang untuk dilaburkan, cukup sekadar untuk system pemasaran, autoresponder dan e-book. Tetapi jika anda tiada bajet untuk semua perkara di atas, pilih untuk sistem pemasaran yang percuma. Jika anda mempunyai bajet, kawal bajet anda supaya tidak dihabiskan dalam beberapa minggu/bulan.
  4. Tetapkan masa setiap hari untuk belajar dan pemasaran. Kunci utama adalah untuk konsisten dalam apa jua yang anda buat. Anda perlu sekurang-kurangnya 1 jam untuk belajar dan 2 jam untuk pemasaran.
  5. Sentiasa fokus dan jangan putus asa. Ya, ada bermacam-macam pilihan system dan perniagaan online yang boleh dibuat, jadi anda perlu konsisten dalam perniagaan anda. Terlalu ramai IM, terlalu banyak e-book dan pelbagai produk disediakan. Jadi, jangan fikir dengan membeli produk baru anda akan menjadi lebih baik. Anda perlu perbaiki diri anda sebagai IM dengan hanya membeli sesuatu produk yang betul-betul sesuai dengan plan pemasaran anda. Sebagai contoh, jika anda membuat keputusan untuk membuat pemasaran video/ youtube, jadi jangan belie book tentang cara pemasaran Google Adwords. Belilah yang berkaitan pemasaran video.

Jadi, jika anda mengikut panduan ini, anda akan menjadi lebih baik daripada newbie lain.

*****
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan di blog atau atau di mana sahaja tetapi dengan syarat meletak info ini dan juga pautan (link) berikut di akhir post blog anda tersebut:

Sumber: http://diaien.com/motivasi/ini-bukan-lari-pecut-ini-marathon

****


Takut Gagal, Anda akan Gagal!

Posted by diaien on Monday, 16 November, 2009

gagalSetiap orang inginkan kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Tetapi sebenarnya ada 3 sebab atau 3 faktor yang menghalang kita untuk mencapai bebas kewangan.

Sebab Pertama: Tidak mengambil keputusan untuk bebas kewangan.

Ya betul…semua orang mengharapkan, malah mendoakan kejayaan dan kekayaan. Tetapi tidak mengambil keputusan yang jitu untuk mencapai kejayaan. Kita silap kerana tidak meletakkan keutamaan kejayaan dan kekayaan di dalam hidup. Jadi, mulai hari ini tetapkan keutamaan kejayaan dan kekayaan dalam hidup.

Jika kita ingin menjadi doktor, kita akan belajar perubatan.
Jika kita ingin menjadi peguam, kita akan belajar undang-undang.
Jika kita ingin menjadi penyanyi, kita akan belajar muzik.
Jika kita ingin bebas kewangan, kita perlu belajar mengenai wang

Sebab Kedua: Menangguh-nangguhkan langkah sehingga menjadi terlalu lewat.

Ya..setiap penangguhan disertakan sekali dengan alasan.

Saya busy lah…
Saya tak ada masa lah…
Saya takde kemahiran lah…
Saya takde duit lah…

dan bermacam-macam lagi alasan. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, “Orang buat duit, kita buat alasan…” setiap alasan logik2 belaka..yer lah, nama pun alasan…

Setiap manusia biasanya tergerak untuk melakukan sesuatu termasuk mencari duit lebih apabila timbul masalah sahaja. Masa tengah senang, tak ada fikir pun…Buat tak endah, tak risau..buat rileks jer…Tak hiraukan apa-apa. Bila dah ada masalah, mulalah kelam kabut. Mulalah mencari penyelesaiannya. kadang2 keadaan dah terlalu lewat dan sukar melakukan perubahan.

Oleh itu, kita perlu bersedia lebih awal. Orang tua-tua kata, “sediakan payung sebelum hujan”.

Sedarilah…memang terdapat hubungan antara wang dan masa. Jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan, mulalah secepat mungkin.

Bayangkan anda inginkan kebebasan dengan menjana pendapatan RM20,000 sebulan pada 2 tahun lagi. Jika anda bermula sekarang, anda mempunyai masa selama 2 tahun untuk berusaha. TETAPI jika anda ingin bermula setahun kemudian, anda hanya ada masa 1 tahun sahaja untuk fight ! mampukah anda?

Jadi, mulakan awal..seawal mungkin. Bila lagi kalau bukan hari ini?

Sebab ketiga : Sikap takut pada kegagalan – anda akan gagal.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih.

Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak memulakan usaha.
Akibat takut pada kegagalan, seseorang itu tidak MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA !

Contohnya, saya bagi jelas sikit. Bila anda takut pada kegagalan, anda tidak akan berusaha dengan kuat. Mungkin anda akan cakap macam ni dalam hati,

” Alahh..tak perlu lah buat betul-betul…kalau tak menjadi pun takpe, takde la rugi dan terasa sangat. Kita buat sikit jer..so tak pressure sangat”

Anda silap kalau berfikir macam tu kerana, musuh utama kepada kejayaan adalah, takut kepada kegagalan. Saya ulangi sekali lagi, MUSUH UTAMA KEPADA KEJAYAAN ADALAH KERANA TAKUT PADA KEGAGALAN.

Sebenarnya, kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya. Daripada hasil kajian mendapati, jutawan-jutawan dan orang-orang yang berjaya pada hari ini adalah 98% PERNAH GAGAL…

Mungkin pernah gagal dalam perniagaan…
Atau pernah mengalami hutang keliling pinggang…

Takut kepada kegagalan, menghalang kita mengambil langkah pertama !

Orang yang berjaya adalah, orang yang akan bangkit kembali daripada kegagalan dan terus berusaha dengan meletakkan matlamat dihadapan.

Apapun rintangan dan halangan, mereka bangkit lagi… demi matlamat yang harus di capai.