Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.
Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.
Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt… namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.
Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.
Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut “Apahal ko pegang
punggung aku? gatal!”
Jawap lelaki tersebut “ko pun gatal jugak… yang pergi bukak zip
seluar aku tiga kali apasal?”

english teruk
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu
macam ni bunyinya….hehehehe
Hi,My motive write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook.
I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she
together at town with my eyes self. You always request apology
back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play
three wood.
Now i know you correct correct play three wood. so, i break off
to pull my body from this love triangle.I know this result
i pick is very correct, because you love she very high from me.
so, i break off to go far from here. But i always love where
also i live….Safe live…..
aku dengar cita ni dari mak aku..
kat baling ada satu famili…
famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu
hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu
depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang
dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang
terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada…
ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar
..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap
kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak…pastu
bini dia pun surh sambil tolak2 bahu…mak dia suruh lagi…dh
gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia
dan dia pun cakap…
“MA ROBBUKA….”"”terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah
mertua dia sedar dan terus sound..
“OII..AKU TK MATI LAGI DEYY…’”"sambil ayah mertua dia tu
urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal
..dia dah jadi malaikat..akekeke..
seorang pakcik tersilap masuk toilet..termasuk kt dlm toilet
wanita..wanita2 yg ada kt dalam tandas semuanya menjerit ‘NI
UNTUK PEREMPUAN JE PAKCIK’..Pakcik tu selamba je turunkan
seluarnya sambil berkata ‘NI PON UNTUK POMPUAN JUGAK’…hehehe
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan
kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan
seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi,
pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar
dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya
memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka
keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis,
sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya,
selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya,
jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru
itu, “Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang
pagar ini?”.
Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali
seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam
seterusnya
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya
tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej
penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya
seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun
sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga
yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari
kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri
membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat
drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua
orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada
diluar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.