Archive for category GDI

Siapa sebenarnya Internet Marketer (IM)

Posted by diaien on Friday, 25 December, 2009

Internet

Ramai yang menyangka mencari duit menggunakan internet adalah mudah, sebab banyak website mengatakan perniagaan internet mudah semudah a,b,c. Artikel ini dikarang bukan untuk menakutkan anda, tetapi untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.

Untuk pengetahuan anda, satu kajian mengatakan hampir 99% orang yang menceburi dunia perniagaan di internet, kesudahannya samada rugi, atau balik modal atau untung sikit2 sahaja. Apa yang saya maksudkan disini adalah 99% orang yang cuba mencari pendapatan sampingan melalui internet biasanya menemui kegagalan. Perniagaan internet ini biasanya sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar dengan sistem networking dan juga modal yang sangat kecil tanpa perlu keluar rumah untuk mengembangkan perniagaan internet mereka. Hanya 1% sahaja yang benar2 berjaya dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Mereka ini kebiasaannya di panggil internet marketer (IM).

Tetapi hampir 100% orang yang sudah mempunyai perniagaan fizikal dan produk tertentu diluar sana, pasti mempunyai kelebihan jika mereka memiliki website. Contohnya sekiranya anda mempunyai perniagaan kicap, menjual kereta, insurance, sudah pasti dengan mempunyai website yang menerangkan segala produk anda, anda mempunyai banyak kelebihan daripada peniaga yang tidak mempunyai website. Ini tidak diketegorikan sebagai internet marketer. Mereka ini peniaga offline, bukan online. Bagi saya mereka inilah yang sangat2 memerlukan untuk memiliki website sendiri.

Bagi internet marketer, objektif mereka adalah untuk mendapat keuntungan yang besar dengan modal yang sangat kecil dan hanya dengan duduk dirumah. Ini sebenarnya bagi saya bukan perniagaan, tetapi satu cabang ilmu yang lebih tinggi dari PHd,  dari doktor. Kenapa tidak?

Kebanyakan orang yang mempunyai degree, doktor, account cert., seperti lawyer, pensyarah, doktor, prof., mereka ini kesemuanya masih perlu pagi-pagi bangun dan pergi kerja. Setinggi mana awan, tentu ada langitnya. Setinggi mana jawatan tentu ada boss nya. Mereka masih perlu pergi kerja untuk dapatkan duit. Jadi objektif dan kelayakan untuk menjadi Internet Marketer, jauh lebih tinggi dari perkara tersebut.

Sebab itu ilmu internet marketer tidak terdapat dalam universiti. Sebab kalau pensyarah tu tahu bagaimana menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah dengan modal seciput, sudah tentu mereka pun mahu, sapa tak nak.

Internet Marketer adalah profession. Salah satu bidang “pekerjaan” untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang yang mempunyai minat yang tinggi dan keinginan yang tinggi. Ia tidak mudah, lebih susah dari menjadi seorang doktor atau professor. Sebab itu hanya 1% sahaja yang boleh mancapai tahap real internet marketer. Cuba lihat apa silibus mata pelajaran untuk mencapai tahap internet marketer.

1. Mampu membuat website sendiri.
2. Bagaimana konsep membuat website supaya dapat menarik traffic yang tinggi. Sebelum ini saya sudah terangkan konsepnya adalah “Percuma” dan “Berfaedah”
3. Tahu menggunakan webform. Lihat, google, facebook, yahoo, wikipedia, Windowlife, Twitter, etc, kesemua website ini percuma dan berfaedah, tetapi untuk memiliki gmail percuma sekali pun anda kena daftar semua maklumat kedalam webform mereka. Ia “percuma” dengan bayaran “data anda”.
4. Tahu menjadikan website anda berbentuk Viral, dimana ahli atau subscriber anda dengan sendirinya tolong mempromosikan website anda, maka ia akan menjadi autopilot.
5. Tahu menggunakan email kempen. Jika anda daftar didalam facebook atau twitter atau myspace, selepas anda mendaftar, ada tak mereka suruh anda periksa email anda untuk mengaktifkan link yang mereka beri. Itu kerja autoresponder, dan selepas itu anda akan mendapat beberapa email yang lain, itu adalah email kempen.
6. Bagaimana berinteraksi dengan pelanggan. Walau pun didalam email, kita perlu berhemah jika tidak email kempen kita atau pertuturan dalam email kita hanya akan menjauhkan pelanggan dari kita.

Itu adalah sebahagian besar dari silibus pelajaran untuk menjadi Internet Marketer. Tidak ada satu universiti dalam dunia yang mengajar subjek tersebut, kecuali anda sendiri belajar dengan real internet markter. Itu pun jika mereka sudi mengajar.

Cuma perbezaan untuk mendapatkan ijazah internet marketer berbanding dengan ijazah diuniversiti tempatan adalah untuk ke universiti anda perlukan duit, tinggal keluarga, mohon biasiswa dan bayar balik ptptn. Kena pergi kuliah, kena buat praktikal yang kadang2 tak berbayar pun, dan kesudahnya jadi jaga (seperti lapuran akbar 3 tahun lepas, jaga ada 2 master). Tetapi untuk mempelajari dan mendapatkan ijazah internet marketer, anda hanya perlu duduk dirumah, luangkan masa mengadap dua pensyarah iaitu Prof. Google dan Prof. Youtube dan banyak website lain yang berfungsi sebagai tutor. Itu sahaja modalnya. Apabila sudah tamat, barulah anda menjadi internet marketer yang sebenarnya.

Contoh2 internet marketer yang berjaya seperti Larry Page dan Sergey Brin yang mencipta website google semasa mereka masih belajar di Stanford Universiti pada tahun 1998. Nilai website dan perniagaan internet marketing mereka pada tahun 2004 mencecah USD23 billion.

Mark Zuckerberg dan rakan2nya Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, pelajar sains komputer university harvad membina laman web facebook pada tahun 2005. Bila website itu meletop pada Mac 2008 seseorang telah menawarkan USD750juta untuk membeli facebook, tetapi tidak dijual, lalu yahoo pada Sept 2006 menawarkan USD1 billion untuk memilikinya, pun tak jual. Sept 2007 Microsoft pula ingin membeli facebook dengan tawaran USD500juta dan 5% dari keuntungan syarikat, pun tak jual. Nov 2007 seorang pelabur Hong Kong melabur sebanyak USD80 billion di facebook. Dan baru2 ini Facebook telah bekerja sama dengan pencipta gmail dan bekas engineer google Paul Buchheit. Maka semakin tinggilah nilai website Facebook. Itu contoh internet marketer yang berjaya dalam sejarah internet.

Itulah golangan 1% yang saya perkatakan. Di gagasan Nusantara, contohnya di Malaysia, ramai juga yang berjaya tetapi sebahagiannya mereka tak berapa dikenali ramai, tapi mereka sudah mencapai objektif, dengan duduk dirumah, tak payah pergi kerja, duit masuk setiap hari, makin hari makin besar pendapatan mereka dan mereka ini buat dengan cara yang betul tanpa melanggar undang2.

Cara untuk menjadi internet markerter sebenar adalah mudah tapi tak senang. Bukan perlukan modal yang besar seperti menjual burger sekali pun perlukan dua tiga ribu, tetapi modal anda adalah masa yang sanggup diluangkan untuk belajar dan carilah guru yang betul. Semoga anda benar2 faham jalan yang kita pilih ini, bagaimana perjalanannya.

Oleh: Mazelan Abas


Kuasa 10 Dalam GDI

Posted by diaien on Monday, 16 November, 2009

kuasa 1010? Apakah yang istimewa dengan 10? Dalam GDI, 10 membawa makna yang cukup mudah dan hebat.

1. Modal Rendah – USD10 sebulan
2. Bonus Unilevel – 10% per person down to Level 5
3. Untuk Balik Modal – cari 10 Rakan Niaga
4. Bonus Infiniti – 10% per person Level 6 – Infiniti

Aplikasi Kuasa 10 Dalam GDI

Bonus komisyen Unilevel adalah 10% iaitu USD1. Ini bermakna untuk balik modal, anda semua hanya perlu mencari 10 Rakan Niaga. Begitu juga dengan rakan anda yang lain, mereka akan Copycat langkah anda untuk balik modal. GDI membayar bonus hingga Level ke 5. Kita lihat betapa hebatnya Kuasa 10.

Level 0 : Anda sertai GDI
Level 1 : Anda ajak 10 Rakan Niaga
Level 2 : 10 ajak 10 = 100 Rakan Niaga
Level 3 : 100 ajak 10 = 1,000 Rakan Niaga
Level 4 : 1,000 ajak 10 = 10,000 Rakan Niaga
Level 5 : 10,000 ajak 10 = 100,000 Rakan Niaga

Total = 111,110 Rakan Niaga @ USD111,110 @ RM388,885 TIAP2 BULAN dengan hanya semua orang mencari 10 Rakan Niaga untuk balik modal. Susah tak cari 10 orang yang umur 18 tahun & ada kad kredit @ kad debit? Betapa lumayannya potensi pendapatan dengan hanya gantu rakan kita balik modal.

TUNGGU! Ada Lagi BONUS INFINITI

Bukan itu sahaja, GDI juga memberi peluang kepada anda untuk mencapai Bonus Infiniti. Bonus ini membolehkan anda mendapat komisyen 10% daripada Level 6 dan ke bawah dengan 3 syarat mudah iaitu :

1. Sponsor 10 Rakan di Level 1 – Lulus
2. 10 Level 1 juga sponsor 10 Rakan – Lulus
3. Jumlah Level 1-5 lebih 5000 Rakan – Lulus

Melalui Kuasa 10, anda juga telah layak menerima Bonus Infiniti iaitu Level 6 – Infiniti. Ini barulah unlimited income.

Level 6 : 100,000 ajak 10 = 1,000,000 Rakan Niaga @ USD1,000,000 @ RM3,500,000
Level 7 : 1,000,000 ajak 10 = 10,000,000 Rakan Niaga @ USD10,000,000 @ RM35,000,000

Apakah perasaan anda jika mendapat income berjuta-juta setiap bulan. SETIAP BULAN? Ya, setiap bulan. Ingat tak modal kita USD10 Sebulan, maka komisyen kita juga adalah TIAP2 BULAN. Anda tidak perlu lagi bekerja bukan?

Sesungguhnya peluang buat duit online yang saya sedang usahakan ini telah berjalan sejak 1999 lagi. GDI bukan nama asing dalam bisnes online.  Program affiliate dan juga online MLM terbaik di dunia. Adakah anda masih tidak nampak potensi pendapatan lumayan yang bakal anda perolehi?

Jika anda tidak nampak peluang bisnes hebat ini, anda tersangatlah rugi. Jika anda tidak yakin, hubungi saya. Berbincanglah dengan saya. Tanyakan apa yang anda kurang yakin atau apa sahaja persoalan. InsyaAllh, saya sedia membantu.

Mari sama-sama kita berubah, buanglah segala persepsi negatif terhadap bisnes online. Orang lain sudah mula buat duit, anda hanya pandai buat alasan. Renung2kan..